Hari ni..Boan nak share pasal University Boan...teringat zaman-zaman sekolah dulu ada aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan).Boan ingatkan bile dah masok University dah tak de dah semua tu..tengok2 ade lagi..masyallah..nak hadap aktiviti koko (kokurikulum) dulu pon dah tercungap, inikan nak sambung sampai masuk university...Nak tak nak kene hadap jugak la..
Bermula sewaktu semester 1, koko Boan hari Rabu pada awalnya..tetapi disebabkan masalah pertindihan jadual kuliah, Boan ditukarkan kpd hari Jumaat.Dalam benda macam ni, bnyak bende nak kene sattle..1-Boan ad masalah kesihatan n perlu masok BPC (Badan Pertolongan Cemas) sbb tak berape membebankan aktiviti dye...2-Kalau hari Jumaat, susah la nak balik rumah sbb klas koko bermula jam 5.00p.m-7.00p.m..
So,Boan pon ikut je lah jadual yang University dah tetapkan..Bila hari mendaftar diri..Rupanya Boan masok Kesatria Negara (lebih kurang mcm Kadet Remaja Sekolah tp yg ad hanya aktiviti kawad kaki)...Mula2 memang rase membebankan tp bila lama2 everything becomes better and better...Boan mula kenal2 dengan komander2 yg slalu melatih platun kitorang..(Platun 5) yang dipimpinan Tuan Razali..Mula kenal dengan kwn2 baru..n lastly Boan dah anngap koko ni mcm aktiviti jumpa kawan2...and the best news is that Aktiviti kokurikulum Kesatria Negara ni hanya untuk 1 semester sahaja n bg yang ambil aktiviti kokurikulum Kesatrian Kembara n BPC..diorang kene sambung aktiviti tu sampai semester 3..fuhh..lega terus bila tau macam tu..
Sekarang,Boan baru masuk semester 2.Mula2 nak daftarkn diri dalam Kelab Bola Tampar (T-VAC:Tapah Volleyball Association Club)..tp tengok2 dah penoh.Mula terfikir..kalau Boan masuk Kesatria Negara lagi semester ni..mesti masalah sikit sbb kali ni kami kene blajar seni bela diri..mahu nnt badan Boan lebam..Then, Boan ambik keputusan yg dpt beri manfaat kpd diri, kawan2 n masa hadapan, Boan masuk HKR 111 (Kod bg Klab Pengurusan Institusi Keluarga)..Alhamdulillah, bnyak ilmu baru yang Boan belajar dlm klab ni.Kebanyakannya berkaitan cara mentadbir institusi kekeluargaan, hukum2 perkahwinan, syarat2 perkahwinan, dan kes2 yang melibatkan hal rumah tangga..Walaupun kelab ni mungkin ramai orang fikir kelab ni mesti berkaitan orang2 perempuan sahaja sebab kene uruskan rumah tangga tapi sebenarnya kelab ni memang amat menanti-nantikan kehadiran ahli2 kelab lelaki kerana lelaki yang akan memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan institusi keluarga..


ew.jpg)
